05 Mac 2011

SURAH AL-FATIHAH (PEMBUKAAN)


  1. Dengan nama Allah yg Maha Pengasih , Penyayang
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan (yang mendidik) semesta alam
  3. Yang Maha Pengasih, Penyayang
  4. Lagi mempunyai (penguasa) hari pembalasan
  5. Hanya engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya pada engkaulah kami meminta pertolongan
  6. Tunjukilah _hati) kami kejalan yang lurus
  7. Yaitu jalan orang-orang yang telah engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang yang sesat
KETERANGAN AYAT 1-7
  1. Dengan nama Allah dan perintahnya aku baca surat ini. Apa-apa pekerjaan baik yang akan kita kerjakan hendaklah dengan nama Allah (kerana Allah), dan mengharapkan keredhaannya, yaitu dengan menyebut : Bissmillah.......
  2. Apa-apa nikmat yang kita terima dan apa-apa yang indah diantara isi alam yang luas ini, hendaklah kita puji Allah, kerana pokok dan asalnya berpunca daripada Allah
  3. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang lebih-lebih kepada kita, kerana dia yang menganugerahkan fikiran yang luas dan anggota yang cukup. Tetapi sekalipun begitu, Dia berkuasa pada hari kemudian buat menyiksa orang-orang yang tidak menurut perintahnya
  4. Kerana Allah amat banyak memberi kita bermacam-macam nikmat, maka wajiblah kita menyembahnya. Dan tiada yang disembah selain daripadaNya. Wajiblah kita minta tolong kepada Allah, untuk menyampaikan cita-cita kita, kerana dia yang berkuasa menghilangkan segala aral yang melintang
  5. Hendaklah kita memohon kepada Allah, Supaya Dia memberi hidayah dan taufik kepada kita untuk melalui jalan lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan didunia akhirat, yaitu dengan menurut petunjuk Al-Quran
  6. Manusia ada 3 jenis:
    • Orang yang beroleh nikmat dari Allah, serta tiada dimurkai dan tiada pula sesat, kerana mereka mempergunakan nikmat itu menurut mestinya
    • Orang-orang yang dimurkai Allah kerana ingkar akan Allah dan nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya
    • Orang-orang yang sesat atau salah mempergunakan nikmat itu atau dalam keraguan, sehingga mereka itu tiada mengetahui jalan manakan yang akan ditempuhnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template Design By:
SkinCorner